Friday, October 11, 2013

Herbal-blend Shaklee. Multi-purpose cream dan Chicken Pox

Ini cerita kami.

Assalamualaikum..

Sebulan yang lepas, husband saya kena chicken pox, peringkat teruk sampai orang-orang tua kata demam pelentung/pelentong...peringkat pertama, 'bertih'. Haruslah isteri ni cuak sikit sebab lupa-lupa dah kena ke belum walaupun masa kecil rasa dah pernah kena kan..tapi bila tanya mak, mak kata 'mana pernah..' nahhhh... hehehe..
Hampir dua minggu jaga suami kat rumah. Jarang-jarang keluar sebab tak nak bagi tersebar virus bahaya ni.

*Klik gambar untuk lebih jelas
Minggu Pertama - Hari ketiga
Minggu kedua 

Minggu ketiga
Terukkan? Saya pertama kali berdepan dengan penyakit ni. Tuhan sahaja tahu perasaan macamana nak control, nak ubat, diri sendiri pun kena berubat. Hari pertama dan seterusnya dalam minggu pertama memang menyakitkan untuk suami. Malam tak boleh tidur sebab sakit berdenyut. Muka dan atas kepala penuh dengan 'blister' jernih. Sedikit pelik bila chicken pox kali ini serang bahagian muka dan kepala. Kaki sikit sahaja. Badan, tangan, belakang pun banyak dan besar-besar. Gerun rasanya, tapi tetap kena berdepan kan?

Banyak ubatan saya beli. Ubat doktor 3 hari dah habis. Last, saya decide beli sendiri kat farmasi, beli 'Calamine Lotion'
credit to Mr.Google
credit to Mr.Google
-calamine lotion dan pinetarsoil

dan saya terjumpa blog Pn.Ash, saya follow apa yang dia pakai dan masa tu baru saya tahu adanya 'Pinetarsoil'  yang boleh gantikan daun semambu untuk mandian. Syukur waktu suami kena chicken pox, family dari kampung kebetulan sampai ke rumah. Merekalah yang pusing perumahan sini cari daun semambu. Memang kami tak kenal, mak ayah pun tak pernah kenal (menguatkan lagi yang saya tak pernah kena chicken pox..hu). akhirnya jumpa juga, sebab sini banyak indian, kat tokong mereka memang banyak pokok ni (tips nak cari daun semambu- pergi tokong tempat sembahyang kaum India :)

Ubatan yang saya gunakan:

-Pinetarsoil: digunakan semasa mandi, sapu kat keseluruhan badan. Rasanya sejuk dan dingin. Boleh hilangkan gatal dan miang :)
-Calamine lotion: kalau anak kecil yang kena, pastikan beli calamine botol pink ada gambar baby. Kalau orang dewasa yang kena, jangan gatal tangan beli yang tu :p hehe.. (peringatan untuk diri sendiri) . Saya beli botol calamine macam gambar kat atas (botol warna ungu, ada jual di watson) saya beli yang berlabel 'calamine lotion + zinc'.
++ cara guna, sapu kat badan kat tempat-tempat blister. Saya sapu satu badan.
-Multi-purpose cream (herbal blend) shaklee (gambar di bawah)

herbal blend - multi-purpose cream Shaklee


Cerita kami... awal masa guna cream herbal-blend ni, saya letak atas kepala suami. sebab kat atas kepala banyak blister besar dan dekat-dekat. Esoknya suami refuse, cakap tak nak pakai, sebab panas dan pedih. (saya beranggapan, tindak balas cepat). So, saya guna calamine lotion. Sapu macam biasa.
Hari berganti hari, then satu hari tu, saya cakap kat suami, saya nak letak herbal-blend ni juga, tapi kat blister yang besar-besar. Sebab blister besar ni dah macam bernanah kat dalam. Dia setuju, saya letak malam tu, esok tengok ada dah blister yang mula kecut dari dalam - mengucup. Suami dah suka sebab tindakbalas macam cepat. Start dari hari tu, saya letak krim herbal-blend ni kat blister yang besar-besar dan banyak sangat tu. Cuma atas kepala saya tak letak banyak sebab mungkin kulit kepala ni sensitif, i'm afraid something yang lain pula jadi kan..
Keputusannya: Alhamdulillah, blister besar makin mengecut dari hari ke hari, just in two weeks sahaja. Kalau tengok gambar kat atas tu, biasanya lepas sapu cream shaklee ni, blister macam bernanah dah mengecut dan last akan macam kering (gambar minggu kedua)

Bukan setakat itu sahaja, saya juga minta en.suami mandi dengan mandian antiseptic dettol.

credit to mr.google ;)
Mandian ni, just campurkan 2-3 penutup botol dengan air panas + air biasa = mandikan 2x setiap hari sehingga betul-betul rasa dah tak perlu (within 2 weeks). Antiseptic ni memang berkesan bagi husband sebab blister-blister kecil cepat sangat kering bila mandi. Dettol antiseptic ini memang untuk bunuh sesetengah virus, dan lebih bagus dari mandian dettol biasa.


So, saya dah gunakan:
-Dettol antiseptic: Untuk mandian (percepatkan pengecutan blister kecil)
-Calamine lotion: Sapu setiap malam. Mudah kering. Sejuk, dan membantu keringkan blister dan hilangkan gatal-gatal akibat air blister tersebut.
-Herbal Blend Shaklee: Sapu setiap malam. Ambil masa untuk kering (less 1 hour) depends. Sesuai untuk blister besar. Effective :)

Untuk parut:
-Saya cadangkan suami pakai Bio-Oil, Vitamin E- shaklee, dan Zinc shaklee. Alhamdulillah amat berkesan. Perubahan ketara bila dia sapu Bio-Oil kat seluruh muka sahaja setiap malam (gambar ketiga suami). 

**Apapun, ini tips dan share dari saya untuk semua pembaca :') . Harap membantu semua kalau berdepan dengan chicken pox lagi-lagi untuk orang dewasa. But make sure, kalau orang dewasa kena chicken pox, jumpa Doktor dahulu sebelum guna inisiatif sendiri.
**Untuk saya? Saya amalkan makan:
-Susu Madu Lebah (untuk imun badan)
-Supplement Shaklee (Vitamin C, Vitamin B)
-dan senantiasa spray dettol's spray untuk hapuskan virus chicken pox, spray kat tempat tidur, baju, tempat makan
-Dettol instant hand sanitizer (wajib ada kat rumah sebab kita yang berdepan dengan pesakit)
-Mandian dettol. 
-Jaga kebersihan. 
-Elakkan terus terkena bersin pesakit chicken pox, atau air liur. sebab virus merebak melalui udara dan cecair dari pesakit. 
-Minggu kedua (atau minggu parut kering) dikatakan minggu mudah untuk virus chicken pox merebak. So saya kerap juga guna mask dan sarung tangan. Just in case, something terjadikan.. 

Itu sahaja, yang lain kita serah pada Allah s.w.t. Selebihnya kita dah amalkan dan usahakan :')

**Sesiapa berminat nak dapatkan cream Herbal-blend Shaklee dan vitamin E, Boleh contact terus saya untuk dapatkan dengan harga yang murah :)

Your Shaklee Distributor:
+Pn.Nurul
+Call/SMS: o13-4oo3682

+Whatsapp/FB-chat/We-Chat/Line/KakaoTalk: o13-4oo3682

0 comments:

Post a Comment